Dulu kita pernah bersama
Pada saat hatimu kesepian
Pada saat jiwamu kekosongan
Di kala itu kita dipertemukan
Di saat hati kita kehausan
Kasih, sayang dan cinta
Pada pandangan pertama
Secara tidak diduga
Kau telah mencuri hatiku
Hati yang pernah terluka
Bak tertusuknya sembilu bisa
Telah sekian lama
Aku mencari penawarnya
Diibaratkan seperti seorang pengembara
Yang mengembara di padang pasir
Teramat dahagakan seteguk air
Kau telah hadir dalam hidupku
Tanpa direncana
Kau telah mengisi kekosongan jiwaku
Setiap detik ku inginkan kau di sisiku
Menemaniku sepanjang waktu
Tetapi kini
Segalanya diibaratkan mimpi
Yang memesongkan realiti
Kau telah meninggalkan diri ini
Keseorangan di sini
Dan aku tidak mengharapkan kasih darimu lagi
Biarkan diriku bersendiri lagi
Jangan kau mengharap dariku
Kerana segalanya telah musnah
Tak mungkin ku kembali
Pada dirimu
Yang pernah melukakan hati ini
Semoga kau berbahagia bersamanya
Janganlah dikau cuba mencari diri ini
Biarkan ku sendiri
Sendiri dengan realiti..
28 November, 2010
11 November, 2010
M a s i h A k u T e r a s a
Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi
Akan ku simpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah
Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi
.: uhukk :.
Subscribe to:
Posts (Atom)